Tapak arkeologi dibuka semula, peniaga tarik nafas lega

BANDARAYA MEXICO – Tapak runtuhan pra Hispanik di Mexico telah di buka semula kepada pelancong buat pertama kalinya sejak mereka menutup tapak tersebut disebabkan oleh pandemik koronavirus pada Mac lalu.

Tapak purba tidak kelihatan sunyi sejak ditinggalkan berabad-abad yang lalu. Ratusan pengunjung akan mula dibenarkan untuk melawat tapak tersebut dimestikan untuk beratur untuk mendapatkan tiket yang terhad serta suhu badan mereka akan diperiksa terlebih dahulu, para pengunjung juga dimestikan untuk memakai penutup mulut dan hidung, diberikan gel pembasmi kuman dan menjarakan diri sekurang-kurangnya 1.5 meter dengan orang lain. Kemasukan ke tapak itu juga hanya akan dihadkan kepada 30 peratus daripada kapasiti tapak.

Tapak runtuhan peninggalan puak Maya seperti Tulum dan Cuba akan dibuka semula tidak lama lagi, Chichen Itza turut akan dibuka semula selepas itu.

Di tapak arkeologi yang paling banyak dikunjungi di negara itu iaitu piramid Teotihuacan yang terletak di utara Bandar Mexico, para penjual barang keperluan kembali tetapi dengan jumlah pengunjung yang lebih sedikit pada baru-baru ini. Jumlah pengunjung dihadkan kepada 3,000 orang sehari dan mereka tidak dibenarkan untuk menaiki Piramid Matahari atau Piramid Bulan, yang kebiasaannya menarik puluhan ribu pelawat ketika musim bunga dan musim luruh setiap tahun.

Omar Gonzalez melawat Teotihuacan bersama isterinya dan tiga orang anak mereka pada hari pertama ia buka semula, dan berkata mereka tidak sabar untuk pergi ke tapak tersebut sejak tahun lalu.

Tapak arkeologi pra Hispanik di Mexico telah dibuka semula kepada pelancong buat pertama kalinya selepas ditutup disebabkan oleh pandemik koronavirus pada Mac lalu. – AP
Para penjual barang keperluan kraf tangan mula menyambung berniaga di kawasan berhampiran Piramid Matahari selepas berbulan-bulan terpaksa bekerja di rumah. – AP
Mateo Garrosh, pelancong dari Sepanyol melawat Teotihuacan selepas ia dibuka semula. – AP
Omar Gonzalez melawat Teotihuacan bersama isterinya dan tiga orang anak mereka. Mereka telah merancang lawatan ini sejak tahun lalu tetapi terpaksa ditunda kerana koronavirus. – AP

“Kami telah merancang perjalanan kami sejak tahun lalu,” Gonzalez berkata. “Kami telah mengambil pakej dan segala-galanya tetapi malangnya disebabkan oleh penyakit berjangkit yang berlaku maka kami terpaksa menundanya sehingga ke hari ini”.

Teotihuacan merupakan salah sebuah bandar yang paling penting dan berpengaruh di rantau tersebut semasa zaman kemuncaknya sekitar 100 BC dan 750 AD, dan menempatkan kira-kira 100,000 orang penduduk. Bandar tersebut telah lama ditinggalkan sebelum kebangkitan puak Aztec pada kurun ke-14.

Ramon Alvarez Negrete menyiapkan kraf tangannya untuk dijual di sepanjang Causeway of the Dead, sebuah jalan raya berbatu yang luas di antara piramid. Alvarez Negrete mengatakan bahawa ini merupakan lima bulan yang mencabar disebabkan oleh penutupan tapak berkenaan.

“Pendapatan? Kami tidak mempunyai sebarang pendapatan kerana kami terpaksa bekerja dari rumah,” katanya. “Dengan jumlah simpanan kami yang sedikit, duit peso yang kami kumpul, kami terpaksa membelanjakannya kerana keluarga kami memerlukan makanan.”

Waktu pembukaan secara berperingkat untuk tapak arkeologi di seluruh negara telah mencetuskan kekeliruan bagi sebilangan pelancong. Tiada satu hari pun untuk dibuka semula, yang sebahagian bergantung untuk memastikan persiapan yang secukupnya di kawasan tersebut dan kondisi pandemik di setiap bahagian di seluruh negara.

Pelancong dari Sepanyol, Mateo Garrosh yang melawat Teotihuacan selepas membuat sedikit penyelidikan.

“Saya membuat penyelidikan melalui internet tempat yang dibuka, tempat paling simbolik di zon ini dan saya mendapati ia dibuka hari ini,” katanya. “Tetapi ia tidak mudah kerana setiap tempat dibuka pada hari yang berbeza”.

Mexico terdesak untuk membuka semula industri pelancongan mereka dan tapak arkeologi mereka adalah kunci utama tarikan negara. Sektor pelancongan membukakan 11 juta pekerjaan, secara langsung dan tidak langsung di Mexico, dan kebanyakan mereka yang bekerja terpaksa pulang ke rumah dan menunggu selepas orang ramai dihalang untuk membuat perjalanan semasa pandemik.

Agustin Robles kembali menjual topeng ukiran tokoh obisdian berhampiran Piramid Matahari buat pertama kali sejak beberapa bulan baru-baru ini.

“Sejujunya, ia sangat sukar. Kami tidak menerima sebarang bantuan dari negara, kerajaan, perbandaran atau persekutuan,” kata Robles. – AP