Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak insiden pembunuhan di Mexico terbakar

    MEXICO CITY, 16 April – Sebuah kelab yang terletak di sebuah tempat penginapan peranginan di Pantai Pasifik Mexico, Ixtapa, Guerrero, yang telah ditutup berikutan tembakan maut telah dibakar pada waktu awal pagi Sabtu.

    Pihak berkuasa menutupnya selepas empat orang telah ditembak mati di dalam kawasan itu Sabtu lepas, dua daripada mereka dikenal pasti sebagai anggota penjenayah.

    Dalam satu kenyataan, Setiausaha Perlindungan Awam Guerrero berkata talian kecemasan 911 menerima panggilan pada 3:20 melaporkan kebakaran di kelab tersebut, yang terletak di pusat membeli-belah Plaza Laguna sepanjang jalur hotel tempat peranginan itu.

    “Setakat ini, kita tidak tahu apa yang menyebabkan kebakaran itu,” kata agensi itu.

    Kebakaran tersebut kemudian merebak ke kawasan perniagaan sekitarnya dan sekurang-kurangnya sebuah rumah ranap, menurut agensi itu, sambil menambah bahawa sebuah kelab dan butik juga terbakar.

    Sebuah lagi kelab dan rumah mengalami kerosakan, manakala dua kelab lainnya mengalami kerosakan kecil.

    Tiada siapa yang cedera dalam kejadian itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda