Tapak kapal karam untuk penyelam skuba di Greece

ATHENS – Di tengah pulau Alonissos telah membukakan dasar lautnya kepada peneroka amatur dan penyelam profesional ke atas kapal-kapal purba kuno, di mana menawarkan akses kepada penyelam skuba yang ingin menyaksikan beberapa penemuan arkeologi yang paling mengagumkan di Mediterranean yang tidak dapat dikeluarkan dari tempat ia telah ditemui.

Sebagai bentuk pelancongan alternatif yang masih lagi baharu, pihak berkuasa pulau tersebut, Thessaly dan Kementerian Kebudayaan Greece, mencadangkan untuk membolehkan pengunjung untuk menyewa peralatan yang diperlukan untuk menyelam sehingga 40 meter di bawah laut untuk meneroka dan menelusuri sekurang-kurangnya empat tapak kapal karam yang berselerakan di kawasan pulau tersebut yang terletak di Teluk Pagasitikos berdekatan dengan bandar Volos, Greece.

Penerokaan tersebut termasuk kapal karam di Pulau Peristera, di luar pantai Alonissos, dilihat sebagai penemuan arkeologi bawah air yang masih baharu selepas ia ditemui hampir tiga dekad lalu dan seakan-akan membawa kekayaan selepas penemuannya.

Dibukakan untuk kali pertama

Tapak ini dibukakan untuk orang ramai buat kali pertama baru-baru ini semasa majlis istimewa yang diadakan selama dua hari di Alonissos sekali gus sebagai permulaan bagi projek yang membawa kawasan itu sebagai Muzium Arkeologi bawah laut laut pertama di Greece.

“Ia bukan sebuah muzium yang biasa,” kata pegawai arkeologi Kementerian Kebudayaan Greece, Despina Koutsoumpa kepada Xinhua dalam satu temu bual baru-baru ini.

Greece terkenal dengan pemandangan pinggir pantainya yang indah dan juga menarik. – Agensi
Aktiviti ini dianggap sebagai salah satu pelancongan alternatif yang berpotensi untuk meningkatkan lagi industri pelancongan negara tersebut. – Agensi
Penerokaan tersebut termasuk kapal karam di Pulau Peristera, di luar pantai Alonissos, yang dilihat sebagai penemuan arkeologi bawah air yang masih baharu selepas ia ditemui hampir tiga dekad lalu dan seakan-akan membawa kekayaan selepas penemuannya. – Agensi

Dia telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui keseluruhan projek dan menjelaskan bahawa ia lebih seperti satu plot arkeologi yang boleh dikunjungi oleh penyelam malah ia juga dibukakan kepada penyelam ‘alam maya’, kerana peralatan-peralatan canggih juga boleh menyelam tapak ini.

Projek ini turut dibiayai bersama Program BlueMed Union di mana membolehkan pengunjung yang tidak mahu kembara ke Laut Aegean tetapi ingin mengunjungi dan menyaksikan lebih dekat peralatan atau khazanah yang berjaya dikumpulkan dari tapak-tapak tersebut.

Dengan penemuan yang tidak terhitung banyaknya, seperti amphorae yang terletak di dasar laut sedang menunggu untuk diterokai oleh para penyelam skuba, kapal karam Peristera juga akan dapat diakses pada penghujung musim panas ini, dengan skim perintis untuk pengunjung dijangka akan dilanjutkan ke tiga tapak yang lain di rantau tersebut untuk musim panas 2020 dan 2021, kata Koutsoumpa.

“Sekiranya pihak berkuasa wilayah melengkapkan proses yang diperlukan dan mendapat kelulusan yang diperlukan, projek itu akan berjalan sepenuhnya sehingga pada tahun 2022,” katanya kepada media.

Pendedahan yang lebih banyak

Jurucakap Pihak Berkuasa Wilayah, Thessaly Yiannis Vasvatekis berkata kepada Xinhua bahawa projek itu merupakan satu keutamaan dalam mendedahkan lebih banyak lagi tapak-tapak baharu yang akan ditambah. “Kami turut mempunyai beberapa tempat yang mempunyai kapal karam yang telah karam di zaman dahulu di Pantai Almyros,” katanya merujuk kepada sebuah bandar berdekatan dengan Volos.

Kerjasama bersama dengan rakan-rakan Eropah melalui projek BlueMed sangat penting untuk tapak bawah laut Alonissos, kata Koutsoumpa, seorang ahli penyelidik yang bekerja di Ephorate of Underwater Antiquities (Agensi Greek untuk Arkeologi Laut).

“Kami mendapat manfaat dari pertukaran pengalaman dan pengetahuan, dengan pihak Itali membawa teknologi tiga dimensi (3D) untuk pengunjung maya (virtual), sementara Universiti Cyprus telah mengumpulkan bahan biologi untuk pemeriksaan, kerana kawasan ini sangat kaya dengan khazanah lama seperti kapal-kapal era klasik, di parameter yang luas,” jelas Koutsoumpa kepada media. – Xinhua