Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tapak pelancong Beijing kosong semasa musim cuti

    BEIJING, 1 MEI – Tapak-tapak pelancongan utama Beijing hampir kosong hari ini dengan lalu lintas terhenti, ketika cuti awam yang biasanya sibuk diselubungi penularan COVID yang menyekat jutaan penduduk.

    Dasar tegas sifar COVID China telah menyebabkan virus terkawal lebih dua tahun namun ia pada masa ini berdepan penularan terburuk sejak permulaan pandemik disebabkan gelombang Omicron.

    Jutaan penduduk seluruh negara itu – terutamanya Shanghai – telah diarahkan untuk berada di rumah selama berminggu-minggu, ketika sekatan pergerakan menghambat pertumbuhan ekonomi dan sentimen pelabur dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

    Beijing setakat ini telah melaporkan lebih 300 kes di bawah gelombang baharu dengan pihak berkuasa semalam menegah perkhidmatan makan di restoran bermula Ahad hingga 4 Mei – dalam satu percubaan untuk mengekang jangkitan semasa cuti. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...