Tapak pelupusan sampah lubuk rezeki ratusan pengutip sampah
KOTA KINABALU – Walaupun kawasan Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang dekat sini diselubungi bau yang tidak menyenangkan, namun ia menjadi lubuk rezeki bagi ratusan pengutip sampah untuk mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula dari tempat itu. Tinjauan Bernama ke tapak pelupusan sampah seluas 8.9 hektar, terletak kira-kira 24 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu



































