Friday, March 21, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tapak pengecasan pertama MINI dilancar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 FEB – QAF Auto Sdn Bhd selaku pengimport kenderaan MINI di Negara Brunei Darussalam meraikan mercu tanda signifikan dalam perjalanannya ke arah mobiliti mampan dengan pelancaran tapak pengecasan MINI pertama pada majlis yang berlangsung di Bangunan Tambahan Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan sama-sama melancarkan tapak pengecasan berkenaan ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Ir Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof.

    Turut hadir ialah Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo; Pengarah LCB, Haji Suhaimei bin Haji Awang Besar; Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Pengetua LCB, Dr S. Sivarajah dan Pengurus Jualan MINI Brunei, Felda Wong.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Alisa Khoo menyatakan kerjasama itu menandakan Pengecas Destinasi MINI pertama di Brunei Darussalam dan menempa asas yang kukuh bagi mobiliti elektrik yang membolehkan kita untuk memacu penerimaan pakai mobiliti elektrik pertama di Brunei.

    Terdahulu, Dr S. Sivarajah dalam ucapannya menyatakan pelancaran tapak pengecasan itu menandakan komitmen LCB kepada kemampanan dan inovasi. Beliau menambah kerjasama antara LCB dan QAF Auto Sdn Bhd merupakan bukti usaha LCB dalam merebut peluang untuk menerajui serta menyumbang kepada inisiatif-inisiatif bermakna.

    Majlis seterusnya menyaksikan pelancaran tapak pengecasan yang disempurnakan bersama oleh Ir Haji Mohammad Nazri, Haji Suhaimei dan Alisa Khoo dengan disaksikan oleh Felda Wong dan Dr S. Sivarajah.

    Detik tersebut menandakan langkah ke hadapan yang penting dalam misi MINI Brunei untuk menyediakan penyelesaian pengecasan memudahkan dan komprehensif bagi pemilik-pemilik MINI EV di Negara Brunei Darussalam.

    Kolaborasi dengan LCB menekankan komitmen MINI dalam mengembangkan rangkaian pengecasan EV, memastikan mobiliti mampan adalah mudah dan boleh diakses dalam kehidupan harian kita.

    Selain itu, MINI juga mengumumkan komitmennya kepada masa depan mampan dengan memperkenalkan dua model elektrik canggih iaitu MINI Electric Hatch dan MINI Aceman.

    Ir Haji Mohammad Nazri (tengah), Haji Suhaimei dan Alisa Khoo, ketika melancarkan pengecasan destinasi berkenaan dan disaksikan oleh Dr S. Sivarajah dan Felda Wong. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Tetamu kehormat ketika melakukan pengecasan kenderaan EV. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda