Tapak rangka fosil ditemui

BUENOS AIRES, 18 April – Sebuah tapak yang mengandungi rangka fosil milik hampir belasan dinosaur yang berusia 220 juta tahun telahpun ditemui di barat Argentina, kata penyelidik semalam.

“Terdapat hampir 10 spesies berlainan, ia merupakan longokan tulang, tidak adanya mendapan,” kata ahli paleontologi Argentina Ricardo Martinez.

“Ia amat mengagumkan.”

Menurut Martinez, daripada Universiti San Juan, fosil berkenaan berusia kira-kira 220 juta tahun, milik ‘satu era yang tidak banyak yang kita ketahui.’

“Penemuan itu amat penting disebabkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh atau lapan dicynodont, moyang mamalia, saiz seekor lembu jantan,” kata beliau.

Beliau berkata terdapat juga rangka archosaurs, reptilia yang mungkin merupakan moyang buaya besar ‘yang kami belum ketahui lagi.’

Hasil penemuan itu ditemui pada September tahun lalu di wilayah San Juan, kira-kira 1,100 kilometer dari barat Buenos Aires. Tapak itu terletak di antara satu dan dua meter dalam diameter dan mempunyai kedalaman yang sama, sekali gus mendorong ahli sains meramalkan ia adalah bekas lubang minuman pada musim kemarau dan haiwan tersebut mati disebabkan lemah di tempat itu. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh Institut dan Muzium Sains Alam Semula Jadi (IMCN) dari Universiti San Juan menunjukkan fosil berusia 220 tahun di Taman Negara Ischigualasto di wilayah San Juan, Argentina. – AFP