Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Kerajaan Republik Arab Mesir melalui Kementerian Awqaf Mesir akan mendatangkan seorang ulama dari Mesir untuk mengimamkan sembahyang sunat Tarawih di beberapa buah masjid terpilih di negara ini.
Sheikh Hassan Metwally Abdel Rahman Sewify akan mengimamkan sembahyang sunat Tarawih di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah pada 2 Jun; Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, 3 Jun; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong, 4 Jun; Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, 5 Jun; Masjid RPN Lambak Kanan, Berakas, 6 Jun; Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Sengkarai,Tutong, 7 Jun.
Sementara itu, Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Manggis/Madang pada 8 Jun; Masjid RPN Kampung Pandan, Belait, 9 Jun; Masjid Mohamed Bolkiah, Serusop, 10 Jun; dan akhir sekali pada 11 Jun di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.
Sehubungan itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk sama-sama menunaikan sembahyang sunat Tarawih pada tarikh dan tempat-tempat yang telah ditentukan berkenaan.