Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tarian sensasi 4 lelaki berusia promosi desa Wake

    TOKYO, 6 JUN – Empat lelaki berusia dalam 50an dan 60an menjadi bintang terbaharu TikTok setelah memaparkan tarian unik mereka dengan memakai pemanas perut berwarna-warni terang.

    Misi kumpulan itu? Untuk mempromosi desa kecil mereka, yang bilangan penduduknya semakin merosot, menerusi tarian rutin hingga bernada pop yang digelar para peminatnya sebagai ‘menawan hati’.

    Sejak hantaran pertama mereka pada Februari, video-video itu, difilemkan di beberapa lokasi pilihan dari taman permainan hingga ke tapak suci dan bangunan-bangunan perbandaran, telah ditonton lebih 16 juta kali.

    Keempat-empatnya menggelar diri mereka ‘ojiqun’ – satu perkataan slanga yang digunakan oleh orang muda yang menggabungkan ‘ojisan’ bermaksud ‘lelaki tua’ di Jepun dan ‘kyun’ yang bermaksud ‘buah hati’.

    Mereka memakai seluar suit, berkasut segak dan getah pemanas perut pelbagai warna – biru, hijau, kuning dan merah – dan mengekalkan wajah serius walaupun mereka bergelut untuk mengikut rentak yang sama.

    Salah seorang anggotanya, Takumi Shirase berusia 52 tahun, menguruskan sebuah firma IT dan syarikat perkebunan apabila tidak berTikTok.

    Ujarnya kepada AFP, dia mencipta ojiqun bersama tiga kawannya untuk cuba menjadikan bandar perkampungan Wake, di rantau Okayama, Jepun, terkenal.

    “Kami mahu muncul dengan sesuatu yang akan menggiatkan semula komuniti perkampungan berusia kami, yang mengalami kemerosotan penduduk dengan kanak-kanak semakin berkurangan,” katanya.

    Wake pada masa ini mempunyai sekitar 14,000 penduduk dan Shirase berkata sekolah rendah lamanya telah ditutup disebabkan kurang permintaan. – AFP

    Anggota ‘Ojiqun’ menunjukkan tarian mereka dengan mengenakan tali leher dan pemanas perut berwarna-warni di bandar Wake. Mereka berharap menerusi tarian unik yang ditunjukkan di platform media sosial TikTok dapat mempromosi desa kecil mereka, yang bilangan penduduknya semakin merosot. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...