Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarik kalat dengan harimau

    5 tahunFLORIDA, 14/15 Julai 2012 – Zoo Busch Garden yang terletak di Teluk Tampa, Florida diberikan satu peluang unik serta menguji kekuatan mereka dengan menentang seekor harimau yang kuat dalam permainan tarik kalat.

    Walaupun peluang untuk menewaskan harimau seberat 450 paun dalam permainan itu agak tipis, tidak terdapat kekurangan jumlah sukarelawan yang bersedia untuk menguji kekuatan mereka menentang haiwan luar biasa itu.

    Acara interaktif zoo itu digelar sebagai ‘Tiger Tug’ dan memerlukan peserta yang yakin untuk menarik tali kalat, sementara harimau itu menghadapi mereka di sebelah dua pagar besi.

    Meskipun populariti permainan itu semakin tinggi sejak diperkenalkan di Busch Garden, tidak semua orang merasa gembira mengenainya.

    Ulasan-ulasan terhadap video yang dimuat naik dan dalam akaun Facebook zoo itu telah menyatakan bahawa persembahan unik itu sebagai ‘melebihi batas kebodohan dan kekejaman’ dan ‘salah sama sekali’.

    Terdapat ramai orang yang percaya bahawa zoo seperti Busch Garden dan Luaian mengeksploitasi haiwan liar untuk mendapatkan keuntungan, dengan mengabaikan kebajikan haiwan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda