Tuesday, September 26, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Tarik minat belia pelihara ikan laga

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong A bersama Bettarior Squad Community telah menganjurkan Pertandingan Kecantikan Ikan Laga (Betta) buat kali pertama, baru-baru ini, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Pertandingan bertujuan untuk memeriahkan lagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan.

    Fokus utama pertandingan adalah untuk menarik minat orang ramai terutama sekali belia-belia di tanah air untuk berkecimpung dalam hobi pemeliharaan ikan. Selain itu, ia juga sebagai satu platform untuk menjana pendapatan memandangkan ikan tersebut mudah bagi dikembangbiakkan.

    Bettarior Squad Community berhasrat pemeliharaan ikan laga akan menjadi salah satu hobi yang boleh diusahakan secara komersial sekali gus menjunjung tinggi hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi wawasan 2035 agar belia masa kini menjadi peneraju yang boleh diharapkan oleh negara dan seterusnya menanai tanggungjawab bersama.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar menyampaikan hadiah Grand Champion kepada pemenang pada pertandingan tersebut.
    Ketua juri semasa menerangkan bagaimana juri-juri menilai ikan laga kepada tetamu kehormat pada pertandingan yang diadakan baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun lulus ubat Alzheimer oleh Eisai & Biogen

    TOKYO, 26 SEPT - Kementerian kesihatan Jepun pada kelmarin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai...