Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Tarik minat murid terhadap muzium

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Rombongan pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-muzium Brunei, semalam, telah membuat kunjungan ke Sekolah Bakti Dewa Cawangan Jerudong bagi menjalankan Program Muzium Ku Warisan Ku.

Program berkenaan memberi peluang kepada murid-murid sekolah berkenaan untuk mengenali muzium-muzium dan tempat-tempat bersejarah di negara ini.

Selain itu, para murid juga mempunyai peluang untuk mengenali permainan-permainan tradisional Negara Brunei Darussalam.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penerangan ringkas mengenai bangunan-bangunan muzium, pameran permainan tradisional, bermain permainan tradisional dan jualan buku.

Program tersebut bukan sahaja mendapat sambutan daripada para murid, bahkan juga daripada guru-guru sekolah tersebut.

Guru-guru dan murid-murid Sekolah Bakti Dewa Cawangan Jerudong bergambar ramai bersama rombongan dari Jabatan Muzium-muzium Brunei.
Guru-guru dan murid-murid Sekolah Bakti Dewa Cawangan Jerudong bergambar ramai bersama rombongan dari Jabatan Muzium-muzium Brunei.
Artikel sebelum iniKapal selam mewah telusuri dasar laut
Artikel seterusnyaSistem kepercayaan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -