Tarik minat penulis muda

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Dengan matlamat untuk menarik minat penulis muda berusia 15 hingga 35 tahun dalam menghasilkan karya sastera seterusnya menjadikan mereka sebagai pelapis kelangsungan sasterawan Brunei di masa depan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Sastera dan Majalah mengadakan Program Penulis Muda (Bengkel Penulisan Novel) 2021.

Bengkel tiga hari berkenaan diadakan secara maya bermula hari ini hingga 11 November depan, di mana para penulis muda akan diberi bimbingan, dorongan dan sokongan yang berterusan untuk melahirkan karya dengan bersistematik dan terarah agar dapat menghasilkan karya sastera yang berkualiti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan DBP, program yang merupakan salah satu kegiatan tahunan itu dibimbing oleh Sosonjan A Khan, seorang penulis yang aktif dalam bidang penulisan terutama genre novel, cerpen dan puisi.

Hadir semasa pembukaan bengkel berkenaan ialah Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, Dr Haji Mohd Ali bin Haji Raden selaku pengerusi dan pengasas Program Penulis Muda.

Bengkel Penulisan Novel berkenaan dibimbing oleh Sosonjan A Khan. – Gambar serahan DBP