Tarik pelabur M’sia

NUR-SULTAN, Kazakhstan, 19 Mei – Kazakhstan mahu menarik lebih banyak pelaburan dari Malaysia dalam bidang pendidikan, pengangkutan dan industri makanan, kata Pengerusi Kazakh Invest Saparbek Tuyakbayev.

Malah, sudah ada beberapa rundingan yang sedang dijalankan dalam bidang pendidikan, katanya.

“Kami sedang berunding. Sama ada menjelang akhir tahun atau awal tahun depan, kami berharap dapat membuat beberapa pengumuman mengenai pelaburan baharu dari Malaysia, terutama dalam bidang pendidikan,” katanya kepada wakil media asing pada akhir Forum Ekonomi Astana 2019 selama dua hari, di sini. – Bernama