Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Tarikh bertembung PRU15, konsert Siti Nurhaliza dianjak

    Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan konsert A Night To Remember di Persada Johor yang sepatutnya berlangsung pada 18 dan 19 November depan dianjak ke tarikh baharu.

    Jelas Siti Nurhaliza, perubahan itu dibuat disebabkan pertembungan dengan tarikh Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan berlangsung pada 19 November ini.

    Perubahan tersebut dikongsi penyanyi nombor satu Malaysia itu menerusi Instagramnya dengan menyatakan tarikh baharu adalah pada 16 dan 17 Disember depan.

    “Alhamdulillah, pihak Persada Johor sudah mengumumkan tarikh baharu iaitu 16 dan 17 Disember depan.

    “Mengikut tarikh asal untuk persembahan, hari kedua saya jatuh kepada hari mengundi.

    Datuk Seri Siti Nurhaliza anjak tarikh baharu konsert kepada 16 dan 17 Disember. – Agensi

    “Kepada peminat yang membeli tiket pada tarikh 18 dan 19 November depan boleh berhubung dengan penganjur atas perubahan tarikh baharu ini,” tulisnya. Mengikut jadual asal, persembahan itu turut membariskan penyanyi jemputan Khai Bahar dan Aina Abdul.

    Bagaimanapun jelas penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, persembahan eksklusif menerusi Music of The Soul An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza masih mengikut perancangan asal iaitu pada 5 dan 6 November depan.

    “Ramai yang bertanyakan mengenai penganjuran persembahan eksklusif saya, Music Of The Soul yang diadakan pada 5 dan 6 November ini, apakah ada penangguhan dan sebagainya?

    “Persembahan dua hari ini akan berlangsung mengikut jadual, tetap diadakan pada 5 dan 6 November nanti, tidak juga bertembung dengan jadual pengundian seperti di Persada Johor,” ujarnya.

    Selain Siti, persembahan yang akan diadakan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) terbabit menampilkan vokalis terkenal Datuk Awie sebagai undangan istimewa. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...