Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tarikh Pameran Cinta Rasulullah dilanjutkan

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Pameran Cinta dan Kenali Rasulullah S.A.W. yang dibukakan kepada orang ramai sejak 25 Disember 2017 lalu akan dilanjutkan lagi buat kali keduanya bermula esok, 17 Januari hingga 31 Januari bagi kunjungan orang ramai setelah berakhirnya tempoh lanjutan yang pertama pada 15 Januari lalu.

    Namun kali ini, pameran artifak-artifak Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda akan diadakan di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas yang mana sebelumnya telah diadakan di Bilik Sepakat, bangunan berkenaan.

    Menurut kenyataan yang diberikan daripada pihak penganjur, Avertu Management Services juga mengalu-alukan rombongan dari sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam untuk dapat sama-sama berkunjung memeriahkan lagi pameran berkenaan.

    Sehubungan itu, pihak penganjur juga mengumumkan bahawa bagi orang ramai yang ingin berkunjung ke pameran tersebut perlulah menjaga etika dan dikehendaki membuka kasut sebelum memasuki dewan, sementara bagi pengunjung perempuan mereka perlulah memakai pakaian yang bersesuaian seperti pakaian labuh, berlengan panjang, bertudung dan stoking.

    Manakala pengunjung lelaki pula perlu mengelakkan memakai seluar pendek atau baju yang mempunyai perkataan serta imej yang tidak sesuai.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda