Tarikh penerbangan Dine & Fly diumumkan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah mengumumkan tarikh-tarikh penerbangan bagi Dine & Fly yang telah dilancarkan pada 16 lalu.

Penerbangan khas berkenaan akan ditawarkan pada 30 Ogos, 6, 11, 13 dan 20 September dengan tempat duduk diberikan secara yang dahulu didahulukan, RB memaklumkan dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Kenyataan menyatakan bahawa penerbangan konsep berkenaan telah menerima respons yang positif daripada penumpang penerbangan berkenaan.

Pakej berkenaan merangkumi perkhidmatan penerbangan selama 85 minit de-ngan ulasan langsung oleh juruterbang dan kru di sekitar pantai dan sempadan Brunei dan bahagian lain Borneo serta termasuk menikmati hidangan.

Menurut RB, produk berkenaan memberi peluang kepada penumpang untuk melihat Brunei dan tempat-tempat utama lain di sekitar Borneo termasuk Mulu, Kota Kinabalu dan Labuan, dari udara.

Penerbangan berkenaan akan menggunakan pesawat A320neo yang mempunyai pengiktirafan alam sekitar.