Thursday, November 7, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tash Yong hamil lima bulan

    Pelakon Tash Yong berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungan sudah memasuki lima bulan.

    Teruja bakal bergelar ibu, Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, berkata dia terkejut dan menangis gembira apabila dimaklumkan oleh doktor mengenai kehamilan itu.

    “Sebenarnya dah lima bulan mengandung. Rasa gementar dan tak ikutkan saya dan suami tidak merancang pun.

    “Tapi bila saya buat ujian kehamilan, terpapar dua garisan, awalnya tak percaya dan saya buat sekali lagi, namun keputusan masih sama.

    “Kemudian saya ke klinik dan doktor pun mengesahkan saya mengandung, saya rasa sangat gembira dan terus menangis,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Tash Yong bahagia hidup bersama Boss Kay. – mStar

    Sementara itu, Tash Yong memberitahu dia berdepan alahan teruk di awal kehamilan dan terpaksa menolak tawaran kerja.

    Namun dia bersyukur kerana suami iaitu Boss Kay atau Azlee Abdul Aziz banyak membantu menyelesaikan hal rumah tangga.

    “Trimester pertama saya memang kena morning sickness yang teruk. Sehinggakan saya tak buat live atau content, job event atau berlakon pun saya tolak.

    “Waktu tu saya dijangkiti COVID-19 dan selepas pulih saya alami gerd kronik pula. Jadi saya hanya mampu makan nasi dan sup sayur sahaja.

    “Mujur ada suami yang masak untuk saya sampai sekarang. Dia juga la yang buat segala kerja di rumah macam mengemas, basuh pinggan apa sahaja sampai sekarang,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda