Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tasha Shilla hamil anak kedua

    Rezeki tidak pernah salah alamat. Begitulah yang terjadi kepada pelakon Tasha Shilla apabila berkongsi berita gembira yang dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk tujuh minggu.

    Tasha atau nama sebenarnya Natasha Shiela Abdul Razak, 35, ketika dihubungi memberitahu dia sendiri tidak menyangka akan hamil sekali lagi ketika anak sulungnya baru berusia 10 bulan.

    “Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’.

    “Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.

    “Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” cerita Tasha kepada wartawan baru-baru ini.

    Tasha Shilla berkongsi berita gembira yang dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk tujuh minggu. – Agensi

    Dalam pada itu kata Tasha, secara sejak kebelakangan ini juga anak sulungnya iaitu Raess Zander, 10 bulan, sering dilihat menghisap ibu jari kakinya.

    “Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki. Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.

    Tasha sebelum ini turut berkongsi foto dia dan keluarga pergi bercuti di beberapa lokasi.

    Dia amat bersyukur percutian berkenaan tidak mendatangkan masalah kepada kandungannya.

    “Saya hamil dalam tempoh bercuti itu. Syukur tidak ada sebarang masalah,” ujarnya.

    Tasha sebelum ini pernah berhasrat untuk kembali aktif berlakon apabila anak pertamanya mencecah usia dua tahun.

    Bagaimanapun niat tersebut terpaksa ditangguhkan lagi memandangkan dia kini berbadan dua. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...