Tasik bertukar jadi perkuburan para pendatang haram

VAN, TURKI – Batu nisan yang ditulis ‘cakar ayam’ dengan nombor identiti merupakan hanya yang tertinggal daripada puluhan pendatang yang menaiki sebuah bot yang tenggelam di sebuah tasik Turki apabila mereka bergelut untuk pergi ke Eropah.

Tasik Van, yang mempunyai isi padu air hampir tujuh kali ganda daripada saiz Tasik Geneva, telah menjadi perangkap maut untuk orang Afghanistan, Pakistan dan pendatang lain yang mencari keselamatan dan pekerjaan.

Dengan tenggelamnya dua buah bot pada Jun dan Disember lalu, meragut 68 nyawa kesemuanya, menekankan laluan yang berbahaya digunakan untuk menempatkan titik pemeriksaan perjalanan di sepanjang rupa bumi berceranggah di timur Turki, tidak jauh dari Iran.

Bersembunyi di atas bot dengan 60 orang yang lain ketika karam pada 27 Jun ialah Mehdi Mosin, ketika itu berusia 17 tahun. Dia telah meninggalkan Khairan, tempat kelahirannya di timur laut Pakistan untuk ‘masa depan yang lebih baik’, tangis ayahnya.

“Isteri saya hampir tidak mahu bangun dari katilnya lagi,” kata Shafqat Mosin melalui telefon dari Pakistan.

Para pendatang menikmati makanan ketika mereka berlindung bersebelahan stesen bas Tatvan menunggu untuk menaiki bas bagi perjalanan ke barat Turki. – AFP
Para pendatang berjalan sepanjang lebuh raya apabila mereka membuat perjalanan dari sempadan Iran bandar Tatvan, sekitar 200km jauh, di timur Tasik Van, rantau Turki. – AFP
Seorang pekerja menulis nombor pada batu nisan baharu untuk salah seorang pendatang yang tidak dikenali mangsa daripada insiden sebuah bot di Tasik Van. – AFP

“Pada waktu malam, dia meraung, mengarahkan saya untuk membuka pintu, memikirkan yang anak lelaki kami akan pulang ke rumah.”

Dia cuba untuk menghentikan anak lelakinya untuk pergi, tetapi pada akhirnya terpaksa akur.

“Jikalau saya mengetahui yang ianya berbahaya, saya tidak akan pernah membenarkannya untuk pergi,” kata Mosin. Turki, yang menawarkan laluan pintas untuk memasuki Eropah semasa krisis pendatang pada 2015, telah menjadi sebuah negara yang sukar untuk diseberangi.

Langkah pertama untuk menghentikan kemasukan pendatang hadir selepas Ankara dan Brussels menandatangani perjanjian pendatang pada 2016, tetapi langkah-langkah tersebut ditingkatkan dari 2018 bertentangan dengan tirai krisis ekonomi di Turki.

Negara tersebut sudah menjadi rumah untuk pendatang kira-kira empat juta orang, 3.6 juta daripadanya merupakan mereka yang terjejas daripada peperangan Syria.

‘Saya mula berdoa’

Sebelum sampai ke tasik tersebut, para pendatang perlu mengharungi sempadan pergunungan yang penuh bahaya dengan kerap. Setiap tahun, para penduduk kampung menemui mayat-mayat beku selepas salji mencair.

Di Wilayah Van, yang bersempadan Iran, dua perkuburan telah direka untuk menguburkan para pendatang yang tidak dapat dikenali.

Dalam satu unit, terdapat kubur-kubur yang baharu digali, menunggu untuk mangsa seterusnya. Apabila cuaca dalam keadaan baik, tasik tersebut kelihatan tidak berbahaya. Keluarga-keluarga telah berkelah di meja kayu sementara memerhatikan orang-orang bermain papan kayuh, dengan pihak rasmi perbandaran tempatan membersihkan kawasan pejalan awam. Tetapi air yang tidak dapat dijangka meninggalkan peluang yang sedikit untuk bot nipis yang kecil.

Muhammad, lelaki Pakistan berusia 25 tahun yang telah berjaya memasuki Istanbul, menyeberangi tasik tersebut pada awal Mac waktu malam dalam sebuah bot usang dan terlebih muatan.

“Terdapat lebih kurang 50 orang di atas bot dan hanya terdapat lima jaket keselamatan. Di sana juga terdapat wanita dan kanak-kanak. Saya juga sering berfikir apa yang kami akan lakukan jika bot tersebut karam,” katanya kepada media. Ketika ombak mulai menggoncang dan menghempas bot tersebut, beliau mula berdoa. Dia juga nampak semua orang di sekelilingnya merasa takut, katanya. Tiga bulan sebelumnya, bot lain yang membawa pendatang telah terbalik, menyebabkan tujuh orang menemui ajal.

Selepas kemalangan yang mematikan pada Jun, perkhidmatan keselamatan menahan beberapa penyeludup. Semenjak itu, pendatang dan penduduk menyatakan menyeberangi melalui tasik, yang telah dilakukan hampir setiap hari sebelumnya, telah berkurang secara mendadak.

‘Saya tidak punya pilihan’

Para pendatang yang tidak dapat mencari sebuah bot dipaksa untuk berjalan kaki berhari-hari di bawah terik matahari, memintas sepanjang perladangan untuk sampai ke kawasan titik pemeriksaan.

Di sebuah stesen bas di Tatyan, sebuah bandar sejauh 145 kilometer (85 batu) barat Van, sekitar 20 orang lelaki yang keletihan duduk di atas tanah dengan kasut rosak mereka ditempatkan di hadapan mereka. Sungguhpun dengan bahaya tersebut, tidak ada di kalangan mereka yang bersedia untuk berputus asa.

“Ayah saya sedang sakit. Saya mesti mencari pekerjaan di Eropah. Ianya bahaya, saya merasa lapar, saya juga merasa sejuk, tetapi saya tiada pilihan,” kata Mahmoud, seorang Kurd dari Iraq. Mahmut Kacan, seorang peguam yang pakar dalam isu-isu pendatang di Persatuan Bar Van, menyatakan jumlah pendatang yang mati di Van melonjak selepas penutupan cawangan tempatan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) pada 2018.

Permohonan perlindungan pada masa sekarang telah dikendalikan oleh pihak berkuasa Turki. Prosedur yang lama dan sukar tersebut menghasilkan ‘ketidaktentuan suasana’ untuk para pendatang, yang sanggup mengambil risiko sebagai sebuah keputusan, katanya kepada media. Berdepan dengan bahaya yang banyak, sesetengahnya telah membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko.

“Kami telah bersetuju dengan penyeludup yang dia akan membawa kami ke Greece,” kata Abbas Khasimi, seorang yang berasal dari Afghanistan yang datang ke Van tahun lepas.

“Tetapi saya telah membuat keputusan untuk menetap (di Van) untuk seumur hidup bersama isteri dan anak saya kerana perjalanan tersebut adalah terlalu bahaya,” kongsinya kepada media.

Mereka telah memohon untuk status pelarian bagi membolehkan untuk perjalanan ke Eropah, dan sekarang bergantung kepada peluangnya yang sangat tipis.

“Anak perempuan kami perlu mempunyai masa depan. Untuk saya dan isteri saya, ia sudah terlambat. Tetapi ianya mesti tidak terlalu lambat untuk dia (anak perempuannya),” kata Khasimi. – AFP