Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Tasik Great Salt rekod paras air paling rendah

    SALT LAKE CITY, 6 JULAI – Tasik Great Salt mencatatkan rekod paras air paling rendah dalam sejarah buat kali kedua, yang berlaku kurang daripada setahun ketika kemarau semakin menjadi-jadi akibat daripada perubahan iklim yang berterusan mengeringkan tasik semula jadi terbesar di barat Mississippi.

    Jabatan Sumber Alam Semula Jadi Utah berkata dalam berita yang dikeluarkan pada Isnin lalu, paras air tasik Great Salt menurun kepada 4,190.1 kaki.

    Penurunan paras air tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan paras air rendah yang direkodkan pada Oktober lalu, yang mana pada waktu itu menyamai dengan rekod paras air rendah dalam 170 tahun.

    Paras air tasik tersebut dijangka akan menurun secara berterusan sehingga musim luruh ataupun musim sejuk, menurut kenyataan agensi.

    Paras air yang semakin berkurangan di sebuah tasik terbesar di barat Salt Lake City boleh mengakibatkan jutaan burung yang berhijrah berdepan dengan risiko dan mengancam ekonomi berkaitan dengan tasik tersebut yang bernilai lebih kurang AS$1.3 juta dalam pengekstrakan sumber galian, udang air masin dan rekreasi. – AP

    Tasik Great Salt mencatatkan rekod paras air paling rendah dalam sejarah buat kali kedua yang telah berlaku kurang dari setahun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...