TASKA YSHHB anjur majlis konvokesyen

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seramai 78 lagi murid-murid daripada Taman Asuhan 3 bagi tahun 2020 telah menerima sijil masing-masing setelah berjaya menamatkan pembelajaran Program Pendidikan Awal Ka-nak-kanak selama tiga tahun pada majlis yang diadakan di Dewan Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), hari ini.

Hadir menyampaikan Sijil Konvokesyen Taman Asuhan 3 kali ke-22 itu selaku tetamu kehormat ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohamed Fliti Abdel Majed.

Pada majlis itu, Pengetua TASKA YSHHB, Datin Hajah Zainab binti Haji Abdul
Wahab dalam ucapannya melahirkan ucapan penghargaan terhadap sokongan ibu bapa dan penjaga kepada pihak sekolah khususnya semasa murid-murid terpaksa dicutikan pada penggal kedua persekolahan.

Menurutnya, dalam penggal tersebut, murid-murid dikehendaki belajar di rumah dan diberikan pengajaran dalam talian dengan dibekalkan pek pembelajaran di rumah mengikut hari dan jadual yang ditentukan oleh pihak pentadbiran.

Katanya lagi, “Pihak sekolah sedaya upaya menyediakan sumber pembelajaran murid dan diberikan kepada ibu bapa dan penjaga untuk dikongsikan serta memantau pembelajaran anak-anak mereka di rumah untuk memastikan tidak ada yang ketinggalan dalam pembela-
jaran mereka.”

Antara lain tujuan majlis itu adalah untuk memberikan pendedahan kepada murid-murid untuk meningkatkan keyakinan diri masing-masing apabila berada di hadapan orang ramai, di samping, memberi penghargaan kepada mereka atas usaha dan kegigihan secara keseluruhan (holistik).

Acara tersebut merupakan kumpulan kedua murid-murid yang diraikan daripada seramai 181 orang yang dilaksanakan secara berasingan iaitu pada 24 November dan hari ini.

Salah seorang kanak-kanak TASKA menerima sijil daripada tetamu kehormat majlis.
Antara kanak-kanak TASKA yang diraikan dalam majlis tersebut.