Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    TASKA YSHHB meriahkan sambutan hari keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Dalam usaha untuk menyemai nilai patriotik dalam diri setiap kanak-kanak untuk mentaati raja selaku Ulul Amri dan memupuk semangat dan sifat sayangkan kepada raja dan juga negara, Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 terus diadakan di sekolah-sekolah.

    Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB) 1 hingga 3 juga tidak ketinggalan mengadakan majlis seumpamanya yang berlangsung di dewan TASKA, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Mohamed Fliti Abdel Majed dan turut hadir ialah Pengetua TASKA YSHHB, Datin Hajah Zainab binti Haji Abdul Wahab.

    Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Doa Peliharakan Sultan.

    Dalam memeriahkan sambutan itu, kanak-kanak TASKA menyertai perarakan kereta berhias.

    Murid-murid TASKA YSHHB mengadakan perarakan kereta berhias yang memeriahkan lagi majlis sambutan tersebut. – Gambar serahan TASKA YSHHB
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...