Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Jan – Seramai 605 orang kanak-kanak memulakan alam persekolahan mereka di Kelas Taman Asuhan 1 (KG1), Taman Asuhan Kanak-kanak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (TASKA YSHHB), hari ini, menerusi majlis orientasi.
Majlis orientasi yang akan berlangsung sehingga 11 Januari itu diadakan untuk memberi keyakinan diri kepada murid-murid baru yang ditemani oleh ibu bapa mereka agar berani untuk datang ke sekolah dengan perasaan gembira.
Ia antara lain bertujuan untuk membiasakan diri mereka dengan orang yang mereka tidak kenali iaitu guru-guru mereka dan juga rakan-rakan sekelas mereka.

































