Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    TasteAtlas: Roti canai makanan jalanan ke-2 terbaik di dunia

    HANOI/KUALA LUMPUR, 21 FEB – TasteAtlas, sebuah laman web khusus untuk meneroka bahan-bahan segar, hidangan tradisional dan restoran asli di seluruh dunia, telah mengiktiraf baguette Vietnam, yang dikenali sebagai ‘Banh mi’ sebagai makanan jalanan terbaik ke-7 di dunia.

    Menurut laman web tersebut, Banh mi (disebut ‘bun mee’) adalah jenis sandwic popular Vietnam yang berkongsi bahan inti baguette yang sama.

    Guotie dari China mendapat tempat pertama dalam ranking terkini itu. Jenis ladu jiaozi China yang digoreng itu adalah ladu China Utara.

    Roti canai (gambar – Agensi), sarapan pagi terkenal Malaysia, menduduki tempat kedua.

    Makanan jalanan itu dianggap sebagai makanan terbaik, lazat dan berpatutan pada waktu pagi untuk hampir semua rakyat di negara itu.

    Sementara itu, espetos dari Sepanyol menduduki tempat ketiga, diikuti taco, hidangan kebangsaan Mexico. – ANN/Vietnam News

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...