Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Tatum bantu Celtics benam Heat

    MIAMI, 20 MEI – Jayson Tatum menjaringkan 27 mata ketika Boston Celtics bangkit untuk menyamakan kedudukan dalam siri akhir Eastern Conference NBA dengan membelasah Miami Heat 127-102 dalam perlawanan kedua kelmarin.

    Didorong oleh kepulangan Marcus Smart dan Al Horford, yang kedua-duanya terlepas kekalahan 118-107 pada perlawanan pertama Selasa lalu, Boston berjaya menyamakan kedudukan dalam siri tujuh terbaik 1-1.

    Smart menamatkan perlawanan dengan 24 mata, 12 assists dan sembilan rebounds manakala Jaylen Brown turut mencatat 24 mata, termasuk 12 daripada jarak three-point.

    Grant Williams menambah 19 mata dari bangku simpanan, manakala Horford dan Payton Pritchard masing-masing memperoleh 10 mata.

    Jimmy Butler mendahului Miami dengan 29 mata tetapi hanya tiga pemain Heat lain yang berjaya menghasilkan dua angka berganda mata perlawanan.

    Jurulatih Celtics, Ime Udoka berkata kepulangan Smart dan Horford telah menjadi penentu kemenangan pasukan mereka. – AFP

    Aksi Jayson Tatum (kiri) dari Boston Celtics semasa Permainan 2 siri play-off akhir Eastern Conference NBA kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...