LOS ANGELES, 21 MAC – Jayson Tatum dan Jaylen Brown masing-masing berakhir dengan 30 mata ketika Boston Celtics mencatat kemenangan 124-104 atasi Nikola Jokic dan Denver Nuggets semalam.
Tatum dan Brown melancarkan aksi agresif sepanjang perlawanan untuk Boston, dengan pertahanan mereka berjaya mengatasi ancaman MVP NBA Denver, Jokic, yang mencatat 23 mata.
Selain daripada permainan singkat dalam suku pertama, Boston mendahului sepanjang perlawanan, memimpin di depan Denver dengan 35-16 pada suku kedua yang termasuk empat lontaran ‘three pointer’ daripada empat percubaan oleh Payton Pritchard.
Ia meninggalkan Boston dengan 68-43 pada separuh masa dan, walaupun Denver merapatkan jurang selepas rehat, keputusan sudah jelas apabila Boston meraih kemenangan ketiga berturut-turut.
Celtics meningkat kepada 44-28 dengan kemenangan mengekalkan mereka di tangga keempat dalam Eastern Conference, bersamaan 44 kemenangan dengan pasukan tempat ketiga Milwaukee.
Denver merosot kepada 42-30 dalam Western Conference, dan satu tempat di luar kedudukan playoff automatik.
Dalam perkembangan lain semalam, Philadelphia disingkirkan 93-88 di tangan Toronto Raptors.
The Raptors menyekat pemain utama 76ers Joel Embiid untuk mencatat 21 mata ketika pertahanan menguasai perlawanan di Pusat Wells Fargo di Philadelphia.
James Harden, yang berakhir dengan 17 mata, melakukan faul pada akhir perlawanan justeru menamatkan harapan Sixers untuk memaksa masa tambahan.
Pascal Siakam memimpin penjaring Raptors dengan 26 mata. – AFP