LOS ANGELES, 24 DIS – Pemain Boston, Jayson Tatum menjaringkan mata kemenangan dengan lontaran tiga mata mengatasi Giannis Antetokounmpo dengan perlawanan berbaki 1.5 saat untuk memberikan Celtics kemenangan 122-121 musim pembukaan NBA ke atas Milwaukee Bucks kelmarin.
Antetokounmpo, juara bertahan sebanyak dua kali Pemain Paling Berharga NBA, mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan menerusi lontaran percuma, tetapi pemain Greece tersebut terlepas peluang dalam lontaran kedua dan Celtics mencatat kemenangan di gelanggang sendiri.
“Sejak dulu lagi saya inginkan berada di posisi tersebut,” kata Tatum yang menyerlah meskipun kualiti percubaan adalah tidak cukup bagus pada perlawanan tersebut.
Tatum, yang berkata ‘dia bermain dengan teruk’ selepas menjaringkan hanya 12 dari 28 percubaan semasa perlawanan, masih menamatkan dengan 30 mata dengan tujuh rebound dan dua assist.
Jaylen Brown mengetuai Celtics dengan 33 mata, lima rebound dan empat assist.
“Ini merupakan perlawanan pertama musim ini, jadi sangat hebat untuk meraih kemenangan,” kata Tatum. – AFP































