HONG KONG, 24 OGOS – Taufan kuat menghampiri selatan China malam ini mencetuskan Hong Kong mengeluarkan amaran ribut ketiga tertingginya ketika negara jiran Macau dan bandar pantai berdekatan yang lain bersiap sedia menghadapi bencana itu.
Taufan Ma-on – yang sama nama dengan gunung di Hong Kong dan diterjemahkan sebagai ‘pelana’ – membawa kelajuan angin sehingga 110kmsj petang ini dan terletak kira-kira 300km dari pantai selatan China.
“Ma-on dijangka paling dekat dengan Hong Kong esok pagi dan mungkin menimbulkan ancaman yang besar,” Balai Cerap Hong Kong memberi amaran.
Bagaimanapun, Ma-on dijangka tidak begitu memusnahkan, kata pakar meteorologi Leung Wing-mo kepada saluran berita tempatan HK01.
Pusat ribut itu pada masa ini dijangka membuat pendaratan sekitar 8 pagi esok dekat bandar pesisir Yangjiang, kira-kira 160km barat Macau. – AFP