Taufan Florence ‘ancam nyawa’

WILMINGTON, Amerika Syarikat (AS), 13 Sept – Taufan Florence yang ‘mengancam nyawa’ hari ini menghampiri timur pesisir Amerika Syarikat, dengan angin kencang dan hujan lebat telah melanda beberapa kawasan di luar tanah besar North Carolina.

Ribut besar melemah kepada kategori kedua semalaman, tetapi peramal kaji cuaca memberi amaran bahawa ia mungkin akan mengundang bencana dengan kelajuan angin 110 batu sejam dan hujan yang mencurah-curah.

Georgia menyertai empat negeri pesisir lain untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat ketika ramalan cuaca menunjukkan Florence mengalami turunan hujan lebat yang bersejarah di selatan negeri itu.

Ketika Florence terjejas, Presiden Donald Trump dan negeri serta pegawai setempat menggesa para penduduk yang berada dalam laluan ribut itu berpindah sebelum terlambat.

Rayuan untuk terus berada dalam keadaan selamat, dilakukan sejauh angkasa, ketika angkasawan Jerman, Alexander Gerst mengeluarkan gambar-gambar ribut menerusi Twitter yang dirakamkan dari Stesen Angkasa Antarabangsa berserta amaran: “Berhati-hati, Amerika!”

Gambar satelit yang dikeluarkan oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menunjukkan Taufan Florence menghala ke pantai timur Amerika Syarikat, pada 12 September 2018. – AP

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) berkata Kategori 3 taufan itu telah dikurangkan kepada Kategori 2 dalam kiraan skala angin Saffir-Simpson lima peringkat.

Ia adalah kali kedua dalam jarak masa beberapa jam, tetapi NHC yang berpangkalan di Miami menekankan ia masih lagi ‘keadaan yang mengancam jiwa’ kerana risiko ribut dari persekitaran kawasan-kawasan pesisiran.

Sehingga 1.7 juta orang berada di bawah sukarela atau arahan pemindahan mandatori, dan penduduk pesisir meninggalkan kediaman dan perniagaan serta berada di jalan-jalan raya semalam ketika ribut semakin hampir.

Florence diramalkan membawa sehingga 40 inci hujan di beberapa kawasan selepas membuat pendaratan di Utara dan Selatan Carolina.

“Hujan lebat ini akan menghasilkan bencana banjir kilat dan membanjiri sungai,” kata NHC. – AFP