Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Hato landa Hong Kong

    HONG KONG, 23 Ogos – Taufan Hato meragut tiga nyawa di Macau tatkala ia melanda Hong Kong hari ini dengan angin kencang dan hujan lebat dalam ribut paling teruk yang pernah dilihat oleh bandar itu selama lima tahun, di mana seorang lelaki juga meninggal dunia.

    Semua pasaran saham juga terpaksa ditutup dan memaksa pembatalan beratus penerbangan. Balai cerap cuaca menambah amaran ribut kepada isyarat maksimum Taufan 10 untuk kali pertama dalam lima tahun tatkala Hato menghampiri.

    Ia adalah kali ketiga amaran Taufan 10 telah dikeluarkan sejak 1997, apabila bekas jajahan Britain itu diserahkan kepada China. Ribut mencecah 60 kilometer sejam ketika menuju ke Hong Kong dan mendarat pada tengah hari di selatan bandar China, Zhuhai. Beribu-ribu orang dipindahkan semalam di sebahagian kawasan selatan China dalam persediaan untuk menghadapi ketibaan taufan, kata agensi berita Xinhua.

    Di Hong Kong, ribut menyebabkan ombak beberapa meter tinggi menghempas pinggir laut dengan banjir sedalam paras lutut di sesetengah kawasan. – AFP

    Orang ramai ketika melintasi beberapa pokok yang tumbang selepas angin kencang dan hujan yang dibawa oleh Taufan Hato melanda Hong Kong pada 23 Ogos 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda