Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Taufan Hinnamnor hampiri Okinawa

    TOKYO, 1 SEPT – Taufan Hinnamnor sedang menghampiri semula wilayah Okinawa di selatan Jepun dalam persekitaran atmosfera tidak stabil, yang dijangka membawa hujan lebat di barat dan timur Jepun, menurut agensi cuaca Jepun hari ini.

    Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menaik taraf klasifikasi Taufan Hinnamnor kepada ‘ganas’ dan memberi amaran tentang angin kencang dan laut bergelora ketika ribut yang sangat kuat menghampiri pulau itu, lapor Xinhua.

    Ia berkata taufan itu mempunyai tekanan atmosfera 920 hektopascal di bahagian tengahnya dan membawa angin kencang sehingga 270 kilometer sejam setakat tengah hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...