Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Taufan Judy badai Vanuatu

PORT VILA, VANUATU, 1 MAC – Angin kencang menumbangkan pokok dan hujan lebat membanjiri jalan raya di Vanuatu hari ini, ketika Taufan Judy melanda negara Pasifik Selatan itu.

Dengan kelajuan angin sehingga 200 kilometer (125 batu) sejam, pegawai tindak balas bencana tempatan berkata taufan itu telah melepasi ibu kota Port Vila sebelum menjadi ribut Kategori 4.

Namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan yang meluas, tetapi Pejabat Pengurusan Bencana Kebangsaan Vanuatu mengeluarkan amaran merah dan memberitahu penduduk untuk tinggal di rumah.

Gereja dan bangunan rasmi akan digunakan sebagai pusat pemindahan jika diperlukan.
320,000 penduduk di negara itu tidak asing dengan ribut kuat, tetapi Judy adalah yang paling kuat setakat musim taufan ini.

“Pokok-pokok tumbang dan mana-mana pokok yang masih berdiri mungkin akan kehilangan semua daun dan dahannya,” kata pegawai UNICEF tempatan, Rebecca Olul. – AFP

Artikel sebelum iniFalcao dikaitkan ke JDT
Artikel seterusnyaParlimen EU haramkan Tiktok
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -