Taufan kuat landa selatan Jepun

TOKYO, 1 SEPT – Taufan kuat melanda pulau-pulau di selatan Jepun hari ini dan menuju ke pulau selatan utama negara itu dan Semenanjung Korea.

Lebih daripada 20,000 kediaman terputus bekalan elektrik, menurut Okinawa Electric Power Co. Sehingga tengah hari, Taufan Maysak telah melewati kawasan sekitar Okinawa, kawasan pangkalan tentera AS, tetapi amaran terus dikeluarkan mengenai angin kencang yang boleh menyebabkan kerosakan rumah. – AP