Taufan kuat lepasi Filipina, tuju Taiwan

BANGKOK, 10 SEPT – Taufan kuat melepasi kebanyakan wilayah Filipina hari ini, namun tampak mendapat kekuatan ketika ia menuju tepat ke Taiwan hujung minggu ini, menurut peramal kaji cuaca.

Agensi meteorologi Filipina mengatakan Taufan Chanthu menampakkan bucu menjadi ‘taufan super’ kategori 5 dengan membawa angin kencang 215 kilometer sejam (kmsj) di pusatnya dan kekencangan selaju 265kms ketika ia bergerak melepasi sebahagian wilayah timur laut Cagayan. Taufan super merupakan taufan yang membawa angin 220kmsj atau lebih tinggi.

Pendaratannya masih tidak dikecualikan bagi Cagayan dan pihak berkuasa memberi amaran meskipun pusat taufan kekal berada di pesisir pantai, ia boleh membawa banjir kilat dan tanah runtuh dan juga angin kencang ke darat serta mengakibatkan laut bergelora.

“Pelaut dinasihatkan untuk kekal di pelabuhan atau berlindung di pelabuhan sehinggalah angin dan ombak reda,” kata Perkhidmatan Pentadbiran Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina. – AP

Pemandu menyeberangi jambatan ketika sungai kembali melimpah akibat hujan daripada tempias taufan Chanthu di Cagayan, wilayah Isabela, utara Filipina. Chanthu bagaimanapun hanya melepasi Filipina namun mendapat kekuatan ketika menuju Taiwan hujung minggu ini, menurut peramal kaji cuaca. – AP