Taufan Laura kategori 4 hampiri pantai selatan AS

LAKE CHARLES, 26 OGOS – Taufan Laura dijangka meningkat kepada kategori 4 sebelum membadai ke pantai selatan AS hari ini, kata peramal kaji cuaca, ketika penduduk Texas dan Louisiana diarahkan untuk berpindah atau berlindung.

Dengan angin kencang sekuat 185 kilometer sejam, taufan dapat mendorong ribut yang menaikkan paras air hingga beberapa kaki dan mempengaruhi kawasan seluas 30 batu ke daratan.

Angin kencang dan banjir kilat akan melanda di sepanjang Pantai Teluk, kata Pusat Taufan Nasional. – AFP