Taufan Lupit: 300,000 penduduk Jepun pindah

TOKYO, 9 OGOS – Kira-kira 300,200 penduduk di wilayah Hiroshima, Shimane dan Ehime diarah berpindah berikutan taufan Lupit yang diramal melanda, lapor Sputnik.

Syarikat penerbangan turut membatalkan 63 jadual penerbangan di bahagian barat daya Jepun, lapor stesen penyiaran NHK hari ini. Kelajuan angin taufan Lupit diramal mencapai 23 meter sesaat dan tiupan angin kencang sekitar 35 meter sesaat.

Taufan Lupit dilaporkan melanda kawasan pesisir China pada Khamis, menyebabkan hujan lebat di wilayah sekitarnya. –Bernama