Taufan Mangkhut menuju Filipina

MANILA, 13 Sept – Taufan besar bergerak ke arah Filipina hari ini, mendorong beribu-ribu orang berpindah sebelum hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda pada hujung minggu sebelum bergerak ke China.

Taufan Mangkhut, yang telahpun melanda menerusi Pulau Mariana Utara dan Guam, sedang memecut ke Pasifik dengan angin bertiup kencang sehingga 255 kilometer sejam.

Pihak berkuasa berkata kira-kira 10 juta penduduk di Filipina berada di haluan pergerakan ribut, tidak termasuk berjuta-juta lagi di pantai China.

Beribu-ribu orang mula berpindah di kawasan tepi pantai di utara pulau utama Filipina Luzon, di mana ribut dijangka mendarat pada awal Sabtu. – AFP