Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Taufan Mocha landa sempadan Bangladesh-Myanmar

    TEKNAF, BANGLADESH, 14 MEI – Taufan Mocha mula melanda kawasan sempadan Bangladesh-Myanmar hari ini, yang menumbangkan pokok dan membawa hujan lebat ke wilayah yang menempatkan ratusan ribu pelarian Rohingya, kata pejabat cuaca Bangladesh.

    Menurut pejabat itu, taufan tersebut berkelajuan sehingga 195 kilometer (120 batu) sejam semasa melanda kawasan antara Cox’s Bazar, di mana hampir satu juta pelarian Rohingya tinggal di kem yang sebahagian besarnya terdiri daripada tempat perlindungan yang rapuh, dan Sittwe Myanmar.

    Pusat Amaran Taufan Bersama AS sebelum ini berkata, Mocha membawa angin sehingga 140 knot, atau 259 kph, bersamaan dengan taufan kategori 5 pada Skala Angin Taufan Saffir-Simpson.

    “Rumah kem kami, yang dibina dengan buluh dan terpal, boleh diterbangkan oleh angin yang ringan,” kata Mohammad Sayed, 28, kepada AFP dari kem pelarian Nayapara di Bangladesh.

    “Pada masa ini, angin semakin kuat,” kata pekerja penyelamat Kyaw Kyaw Khaing kepada AFP dari Pauktaw, Myanmar, kira-kira 25 kilometer ke dalam dari Sittwe, tempat di mana dia mengatakan sekitar 3,000 orang tiba untuk mencari perlindungan.

    Semalam, beribu-ribu orang meninggalkan Sittwe dan menuju ke kawasan yang lebih tinggi di pedalaman dengan menggunakan trak, kereta dan tuk-tuk apabila pakar kaji cuaca memberikan amaran tentang gelombang ribut yang mampu mencapai 3.5 meter (11 kaki).

    Akaun media yang dikendalikan oleh pihak berkuasa junta di Rakhine menunjukkan pokok yang tumbang di sepanjang jalan berhampiran Sittwe.

    “Kami tidak dalam keadaan yang baik kerana tidak membawa makanan dan lain-lain untuk dimasak,” kata Maung Win, 57, yang bermalam di rumah perlindungan di bandar Kyauktaw. – AFP

    Orang ramai berpindah di Sittwe di negeri Rakhine, Myanmar semalam, menjelang pendaratan Taufan Mocha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...