Taufan musnahkan lebih 2,000 rumah di Korea Utara

SEOUL, 9 SEPT – Taufan yang melanda Korea Utara telah memusnahkan hampir 60 buah jambatan dan lebih dari 2,000 buah rumah ditenggelami air, menurut laporan media negara tersebut hari ini, dengan pemimpin Kim Jong Un berkata kemusnahan telah mengganggu perancangan untuk tahun ini.

Taufan Maysak yang membawa hujan selama beberapa hari ke negara pantai timur minggu lalu ketika Korea Utara masih berdepan dengan bencana banjir dan kerosakan akibat taufan, minggu ini disusuli oleh taufan Haishen.

Maysak ‘memusnahkan atau menenggelamkan’ lebih dari 2,000 buah rumah dan puluhan bangunan awam dalam rantau terjejas, menurut pegawai agensi berita KCNA, manakala 60 kilometer jalan raya dan 59 jambatan runtuh, dengan lebih 3,500 meter landasan kereta api ‘dihanyutkan’.

Kejadian bencana alam sering memberikan kesan besar kepada Korea Utara kerana infrastruktur bangunan yang tidak kukuh dan negara terdedah kepada kejadian banjir selepas pokok-pokok hutan di kawasan pergunungan dan bukit ditebang sejak sekian lama. – AFP