Taufan Nivar badai selatan India

PUDUCHERRY, INDIA, 26 NOV – Sekurang-kurangnya seorang maut manakala ratusan ribu mangsa terpaksa mencari tempat perlindungan ketika Taufan Nivar yang menyebabkan hujan dan ribut kuat melanda pantai selatan India, pagi ini.

Taufan Nivar mula membadai antara Karaikal di wilayah Puducherry dan Mamallapuram di negeri Tamil Nadu pada jam 3:05 pagi waktu tempatan dengan kelajuan angin sehingga 130 kilometer (81 batu) sejam.

Susulan itu, ribuan anggota penyelamat dan kecemasan dikerahkan di wilayah selatan negeri itu termasuk wilayah Andhra Pradesh dan Puducherry.

Pihak berkuasa juga bertindak menghentikan bekalan elektrik di beberapa bandar untuk mengelakkan kerosakan pada saluran bekalan elektrik.

Menurut laporan media tempatan, seorang wanita di Tamil Nadu maut selepas tembok sempadan runtuh dise-babkan hujan lebat malam tadi. – AFP