Friday, September 30, 2022
23.4 C
Brunei

Taufan Nora membadai Mexico

-

MEXICO, 29 OGOS – Taufan Nora membadai kawasan pantai Pasifik Mexico semalam namun belum ada korban jiwa yang dilaporkan setakat ini, kata Pusat Taufan Nasional AS (NHC).

Ribut Kategori 1 mulai membadai Tomatlan di bahagian negeri Jalisco, Mexico dan akan terus bergerak ke utara menuju negeri Nayarit dan Sinaloa, menurut laporan Perkhidmatan Meteorologi Nasional (SMN).

Ketika melintasi Jalisco semalam, taufan itu membawa hujan lebat yang ‘berkemungkinan mengakibatkan banjir kilat yang mengancam nyawa dan tanah sisir di sepanjang pantai barat Mexico pada hujung minggu,” kata NHC.

Semalam, angin taufan bergerak di sepanjang pantai dengan angin kencang berkelajuan 120 kilometer sejam, NHC melaporkan, menambah sedikit perubahan dalam kelajuan adalah dijangkakan.

“Gelombang ribut dijangka menghasilkan banjir di kawasan darat. Berhampiran pantai, ia akan disusuli dengan gelombang besar dan mampu membuat kerosakan,” katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China, Jepun ikrar kukuhkan hubungan

BEIJING, 29 SEPT - China dan Jepun komited bersinergi ke arah membentuk hubungan bilateral yang sejajar dengan keperluan era baharu. Hasrat itu dizahirkan Presiden China,...
- Advertisment -