Friday, December 9, 2022
22.4 C
Brunei

-

Taufan Noru: Filipina siap siaga, penduduk diminta berpindah

MANILA,  25 SEPT – Filipina siap siaga menghadapi taufan Noru susulan biro cuaca negeri meningkatkan tahap amaran di Metro Manila dan beberapa kawasan di pulau Luzon, serta mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin ‘kencang’, lapor Xinhua.

Pentadbiran Perkhidmatan Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (PAGASA) memaklumkan Noru, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, berada pada kedudukan 175 kilometer dari timur wilayah Quezon, selatan Manila, hari ini. 

Taufan itu bertiup ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam, serta membawa angin kencang dengan kelajuan 195 kilometer (km) sehingga 240kmsj. PAGASA memaklumkan Noru mungkin akan mendarat di wilayah Quezon atau bahagian selatan wilayah Aurora pada malam Ahad.

Pihak berkuasa menggesa penduduk di sekitar kawasan pantai dan tanah runtuh supaya berpindah. 

“Terdapat risiko ombak setinggi lebih tiga meter bakal melanda kawasan pantai yang rendah dan terdedah,” menurut biro itu. Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina adalah antara negara yang paling terdedah kepada bencana alam. Hampir tiga perempat daripada penduduk negara ini terdedah kepada pelbagai ancaman semula jadi.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kepulauan itu dilanda beberapa bencana besar, termasuk taufan super Haiyan pada 2013, yang mengorbankan lebih 7,000 nyawa. – Bernama

Penduduk Filipina meninggalkan kediaman untuk berpindah ke kawasan lebih selamat. Filipina siap siaga menghadapi taufan Noru susulan biro cuaca negeri meningkatkan tahap amaran di Metro Manila dan beberapa kawasan di pulau Luzon. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Australia, mangsa terselamat berang pembebasan Patek

SYDNEY, 8 DIS – Mangsa-mangsa letupan bom Bali 2002 berang hari ini selepas seorang daripada pembuat bom dibebaskan dari penjara Indonesia, hanya selepas menjalani...
- Advertisment -