Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan ragut 83 jiwa

    MAYFIELD, AMERIKA SYARIKAT, 12 DIS – Pasukan penyelamat bertungkus-lumus melakukan pencarian mangsa-mangsa yang terselamat pada awal pagi hari ini, selepas puluhan ribut taufan membadai enam buah negeri di Amerika Syarikat sekitar 83 orang, manakala puluhan lagi hilang serta beberapa buah bandar musnah.

    Presiden Joe Biden menggelar ribut taufan itu, termasuk ribut dari kelajuan 200 batu, ‘salah satu ribut terbesar’ dalam sejarah Amerika.

    ”Ini merupakan satu tragedi,” kata Biden, yang telah berjanji untuk membantu beberapa buah negeri yang terjejas yang telah disiarkan melalui televisyen. “Dan kami masih lagi tidak tahu jumlah yang telah terkorban dan takat kerosakan yang berlaku.”

    Beberapa pasukan pencari dan penyelamat juga memberi bantuan di keseluruhan Amerika Syarikat semalaman memeriksa runtuhan rumah mereka dan perniagaan semalaman.

    Lebih 70 orang dipercayai telah terkorban di Kentucky, kebanyakan daripada mereka adalah pekerja di kilang lilin, sementara enam terkorban dalam gudang Amazon di Illinois semasa mereka dalam giliran kerja waktu malam memproses tempahan menjelang Krismas.

    “Kejadian paling teruk, paling memusnahkan, kejadian ribut taufan paling maut yang pernah terjadi dalam sejarah Kentucky,” kata gabenor negeri Andy Beshear, menambah “kita mungkin kehilangan lebih 100 orang.”

    “Kerosakan yang berlaku tidak yang pernah saya saksikan seumur hidup, dan saya terkedu,” dalam kenyataannya kepada wartawan.

    Beshear telah mengumumkan perintah darurat.

    Ribut taufan yang melanda Kentucky itu telah menjejaskan kawasan di sepanjang 320 kilometer, kata Beshear, ia merupakan yang paling panjang telah direkodkan. – AFP

    Kelihatan kediaman musnah teruk setelah ribut taufan melanda enam buah negeri di AS menyebabkan lebih 80 orang terkorban. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda