Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Rai ragut lebih 100 nyawa

    MANILA, 19 DIS – Lebih 100 orang telah terkorban dalam taufan paling kuat pernah melanda Filipina sepanjang tahun ini, menurut jumlah rasmi hari ini, ketika usaha untuk menghantar bantuan air dan makanan ke pulau-pulau terjejas telah dipertingkatkan.

    Manakala itu, lebih 300,000 lagi terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan pulau tepi pantai ketika Taufan Rai membadai tengah rantau kepulauan itu.

    Ribut telah memusnahkan komunikasi dan tiang elektrik di kebanyakan kawasan, menerbangkan bumbung dan menjejaskan hospital-hospital serta membanjiri kampung-kampung.

    Gabenor Bohol, Arthur Yap, menerusi laman Facebooknya, mengesahkan berlaku 72 kematian di bandar-bandar mereka.

    Sebanyak 10 orang juga dilaporkan mati di Pulau Dinagat, kata pegawai penerangan wilayah, Jeffrey Crisostomo memberitahu AFP.

    Ini membawa jumlah keseluruhan laporan kematian kepada 108, menurut jumlah rasmi terkini, menjadikan taufan paling maut melanda negara itu dalam masa beberapa tahun.

    Namun jumlah itu sepertinya akan meningkat ketika agensi-agensi bencana menilai takat penuh selepas kejadian ribut itu di seluruh kepulauan tersebut.
    Rai menghentam negara itu pada Khamis lalu ketika taufan kuat membawa angin berkelajuan 195kmsj.

    Ribuan anggota askar, polis, pengawal pantai dan bomba telah dikerahkan untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat di kawasan terjejas. – AFP

    Tiang elektrik tumbang menyekat jalan raya sementara tanda meminta bantuan makanan dipamerkan di sepanjang jalan Bandar Surigao, wilayah Surigao del norte pada 19 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda