HAIKOU, CHINA, 22 OKT – Saudel, taufan ke-17 yang membadai China tahun ini semakin mengganas dan kini bergerak menuju wilayah Hainan di selatan China, lapor agensi berita Xinhua.
Taufan itu membadai kawasan perairan 430 kilometer di timur pulau Yongxing, bandar Sansha pada 8 pagi hari ini, menurut jabatan meteorologi wilayah.
Jabatan itu meramalkan taufan akan bergerak ke arah barat laut dengan kekuatan angin 10km sejam dan terus mengganas dengan kelajuan angin maksimum 118.8km sejam. – Bernama