Tawakal Tuition anjur ACE ke-2

Oleh Ak Zaki Kasharan

Gambar ramai antara yang hadir pada acara Annual Continuing Education (ACE) ke-2 yang diadakan di Tawakal Tuition cawangan Kampung Mentiri bersempena Hari Guru 2020, baru-baru ini. Acara anjuran Tawakal Tuition itu diisikan dengan perkongsian daripada Dr Nadiah binti Haji Mohamad Noor yang menyentuh mengenai pengajaran dalam pembacaan selain turut menjelaskan tentang komponen asas yang seimbang dalam program literasi. Acara tersebut dihadiri oleh tenaga pengajar dan pembantu tenaga pengajar di pusat tuisyen itu.