KATHMANDU, 21 MEI – Hari Budha Magar, seorang veteran Gurkha yang hampir terbunuh ketika bertugas dengan tentera British di Afghanistan, telah menjadi individu pertama yang mengalami pembedahan kedua di atas lutut dan berjaya mendaki Gunung Everest, kata seorang ahli pasukan beliau hari ini.
“Dia sampai ke puncak Sagarmatha sekitar jam 3 petang (waktu Nepal) pada hari Jumaat. Selepas berjaya mencapai puncak, dia kini telah turun ke kem pangkalan, dan akan kembali ke Kathmandu esok (Isnin),” kata Him Bista kepada AFP.
Magar, 43, kehilangan kakinya selepas terpijak alat letupan buatan sendiri pada 2010 semasa melakukan rondaan di Afghanistan bersama Gurkha, sebuah unit warga Nepal yang telah bertempur dengan Tentera British selama lebih 200 tahun.
Dua individu yang menjalani pembedahan di bawah lutut sebelum ini yang telah mencapai puncak gunung ialah Mark Inglis dari New Zealand pada tahun 2006 dan Xia Boyu dari China pada tahun 2018.
Magar memakai kaki palsu dan selain berkayak di sekitar Isle of Wight, beliau juga telah mendaki beberapa puncak termasuk Gunung Toubkal di Maghribi, Ben Nevis di Scotland, dan Mont Blanc di Eropah.
Namun, bekas koperal itu telah dihalang selama beberapa tahun daripada mendaki gunung tertinggi di dunia oleh undang-undang Nepal yang melarang individu yang dipotong kedua-dua, dan juga orang buta, daripada mendaki gunung.
Mahkamah tertinggi Nepal membatalkan undang-undang itu yang tidak wujud ketika Inglis mendaki puncak setinggi 8,849 meter pada 2018 di bawah tekanan daripada Magar dan lain-lain.
“Selagi awda boleh menyesuaikan hidup awda mengikut masa dan keadaan, kami boleh melakukan apa sahaja yang kami mahu. Tiada had, langit adalah hadnya,” kata Magar kepada AFP bulan lalu sebelum menuju ke kem pangkalan Everest. – AFP
