Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tawan pekerja bank tuntut wang simpanan

    BEIRUT, 11 OGOS – Seorang pelanggan bersenjatakan senapang dan mengancam untuk membakar dirinya, telah menjadikan kakitangan bank sebagai tebusan di ibu negara Lubnan hari ini.

    Lelaki itu menuntut untuk mengeluarkan wang simpanannya yang ditahan untuk membayar yuran hospital, kata sumber keselamatan dan seorang ahli keluarga.

    Insiden itu adalah yang terbaharu antara bank tempatan dan pendeposit yang marah tidak dapat mengakses simpanan mereka di dalam bank yang kekurangan tunai itu kerana kawalan modal tidak rasmi di Lubnan yang dilanda krisis ekonomi.

    Pasukan keselamatan mengepung cawangan Bank Persekutuan dekat jalan Hamra yang sibuk di barat Beirut, tempat lelaki bersenjata itu mena-han kakitangan sebagai tebusan selama beberapa jam.

    “Dia berjaya masuk bersama senapang patah dan bahan mudah terbakar serta mengugut para pekerja supaya memberikan wang simpanannya,” kata sumber keselamatan kepada AFP.

    Seorang lelaki menjerit di dalam bank ketika dia menawan tebusan di Beirut, Lubnan pada 11 Ogos. – AP

    Menurut satu lagi sumber keselamatan, lelaki berusia 40an itu ‘menuangkan petrol ke seluruh bank, menutup pintu depan bank, menawan pekerja sebagai tebusan’. Dia menuntut lebih AS$200,000 daripada simpanannya, kata sumber itu.

    Lelaki itu ‘mengancam untuk membakar dirinya dan membunuh semua orang di cawangan itu, mengacukan senjatanya ke muka pengurus bank’, lapor agensi berita Nasional (NNA) Lubnan.

    “Dia menyerbu bank kerana ayahnya dimasukkan ke hospital suatu ketika dahulu untuk pembedahan dan tidak mampu membayarnya,” lapor NNA.

    Adik lelakinya, Atef al-Cheikh Hussein memberitahu wartawan: “Abang saya mempunyai AS$210,000 dalam bank dan mahu mendapatkan hanya AS$5,000 untuk membayar bil hospital.”

    Abangnya telah merampas senjata ‘dari bank dan bukan membawanya ke situ’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...