AS tawar ganjaran AS$15 juta tangkap Maduro

WASHINGTON, 27 MAC – Amerika Syarikat (AS) mendakwa Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan beberapa pembantu kanan semalam kerana melaku ‘keganasan narkotik’ dan menawarkan ganjaran AS$15 juta untuk maklumat yang membawa kepada tangkapan beliau.

Jabatan Keadilan menuduh Maduro mengetuai geng penyeludupan kokain bergelar ‘The Cartel of the Suns’ yang menghantar beratus-ratus tan dadah ke AS dalam tempoh lebih dua dekad, meraih ratusan juta dolar.

Para penyiasat berkata kartel bekerjasama dengan pihak pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), yang telah dilabel oleh AS sebagai sebuah ‘kumpulan pengganas’.

Pegawai AS mendakwa Maduro, Presiden Venezuela sejak tahun 2013 yang mana ekonomi negaranya telah terjejas oleh sekatan global, menggunakan kokain sebagai ‘senjata’ untuk memusnahkan masyarakat AS.

“Selama lebih 20 tahun, Maduri dan beberapa orang rakan sekerja tertinggi dituduh bersubahat dengan FARC, menyebabkan bertan-tan dadah memasuki dan menghancurkan masyarakat Amerika,” kata Peguam Negara, Bill Barr.

“Sudah tiba masanya untuk menghentikan rejim ini atas apa yang dilakukannya,” tambah beliau. “Rejim Maduro diselubungi oleh rasuah dan jenayah”.

Maduro merupakan salah seorang daripada 16 rakyat Venezuela, hampir keseluruhan pegawai dan bekas pegawai, dan dua orang ketua FARC yang dituduh menyeludup dan menggubah wang dalam pendakwaan yang dilancarkan di New York, Washington, Miami dan beberapa lokasi yang lain. – AFP

AS mendakwa Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan beberapa orang pegawai atasan melaku ‘keganasan narkotik’ dan menawarkan ganjaran AS$15 juta untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya. – AP